Tuesday, 29 March 2011

Janggut Sunnah Nabi

Antara benda yg paling aku sayang adalah janggutku!!!arghhh!!!mungkin agk plek la bgi kita yg muda usianya suka akan pkara sperti ini..tapi mmg aku sayangkan janggutku sgt2!!!tp hari ini 29.3.2011 aku da buang licin janggutku!!ohh noo!!!mcm mmpi ngeri!!tpi d sbbkan peraturan..aku ikut!!
memang sllunya yg bela2 janggut nie kbyakan org da berumur kn..walaupun serabut apbla kita ader janggut yg pnjg2 nie..tp xleh kita nafikan bahawa janggut adalah salah satu bnde yg melambangkan kelakian..hehehehe..mcm2 style janggut nie sbnanrye..bkn mcm ats nie jek..tp bayk lagi style n fesyen janggut nie..ehehehe

mngkin ayh2 kita abg2 kita ade yg bela janggut kn..??ehehehehe..tgklah ea..pastue nnti da bsar leh ar korg nie pilih fesyen mne korg nk.hohohoho..x salh kita ada jnggut..jgnlah kita terikat dgn undang2 barat..di barat siapa yg bela janggut nie boleh d pulau or sllu di hina..knape kita nk ikut budaya sne ea??sdangkan bela janggut adalah salah stu sunnah nabi kita..sdikit info la ea..sunnah nabi kita bela janggut spanjang sgenggam tangan kita pnjgnya.maka klau da trlebih tu boleh la kite tream..
hehehe..just gambar hiasan shaja..tp d sni ader peringatan kepada kawan2..jgn sskli kita mghina ssuatu yg dasarnya adalah sunnah nabi kita sndiri..pelbagai azab yg kita boleh trima..xkira d dnia mahupun akhirat..ingatlah kawan2..sunnah tetap sunnah dan jangan sesekali kita mempersoalkan dan mempersendakan hadis sahih

Dalam satu hadis, potonglah misai dan panjangkan janggut. Panjangkan janggut kadar segempal (segenggam). Bezakan dari janggut Quraisy. Ulama dahulu suruh potong misai. Ulama terkemudian kata boleh juga dicukur misai.

 gambar hiasan
 


Saintis kata orang yang bermisai cium seseorang boleh menjejaskan umurnya. Makruh simpan misai di negara Islam. Sayyidina Umar r.a. simpan misai kerana dia selalu didatangi pembesar kafir (untuk mengerunkan mereka). Nabi s.a.w. memotong misai sahabat yang melebihi bibir mulut. Haram menyimpan misai menutupi bibir mulut kerana ia boleh mengotorkan makanan, minuman dan menyerupai sami Hindu. Apapun Nabi Muhammad s.a.w tidak suka pada misai. Misai itu lambang kesombongan. Bezakan dari orang Majusi yang memanjangkan misai dan memotong janggut.
serban Rasulallah saw

Begitu juga dalam memakai serban. Nabi kata bezakan dari kafir Quraisy. Satu cara ialah dengan memakai ketayap (kopiah). Dalam Perang Badar, perang yang pertama, orang Quraisy juga memakai serban. Sahabat bertanya bagaimana hendak membezakan antara orang Islam dan kafir kerana dari belakang semuanya nampak sama. Kata Nabi, buatlah 2 ekor serban. (sepertimana diamalkan kebanyakan jemaah tabligh).
Dari segi fesyen rambut, Nabi s.a.w. menyimpan semua rambutnya atau mencukur semuanya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
3 kali sahaja Nabi cukur. 3 cara Nabi menyimpan rambut:-
  1. Paras cuping teling (Wafra). Potong straight di paras cuping telinga.
  2. Paras tengkok / leher (Limma)
  3. Paras tulang belikat (Jumma)
Hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Cara menghormati rambut ialah dengan meletakkan minyak rambut, sikat rambut.
Sunnah-sunnah seperti di atas adalah sunnah nabi bukannya sunnah Arab. Jikalau budaya Arab sekalipun lebih baik diikuti daripada budaya Kafir. Dalam beberapa hadis:-
- Hendaklah kamu sayangi Arab kerana 3 sebab, kerana Aku (Nabi Muhammad) adalah bangsa Arab, Quran dan percakapan dalam Syurga adalah dalam bahasa Arab. Ajarlah anak-anak kamu menyayangi Arab.
- Wahai Salman, janganlah membenciku, nanti engkau akan berpisah dengan agamamu. Saya (Salman) berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana saya membenci engkau yang telah memberiku hidayah Allah swt. Berkata Rasulullah saw: Jika engkau membenci Arab maka engkau membenciku’. Barangsiapa mencaci maki Arab, dia termasuk orang-orang musyrik’.
Maksudnya :
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."
ayat Al-A’nam ayat 70 

 Wali Songo
SELAMAT BERAMAL DI UCAPKAN KEPADA RAKAN DARI SAYA!!!
SALAM UKHWA

1 comment: