Monday, 14 March 2011

TM : Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun


Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun semalam.
Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.
Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.
Mungkin beberapa hari ini, anda mengalami gangguan sambungan internet, dimana pelayaran web luar negara sedikit terganggu berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana berlakunya gangguan di sambungan kabel rangkaian yang menjadi perantaraan antara Malaysia dengan Eropah dan Amerika Syarikat.
Gangguan ini dijangka akan berlanjutan sehingga 2 Mei, dimana langkah membaikinya sedang dijalankan buat masa ini. Pada masa yang sama, TM telah mengambil langkah mengurangkan gangguan dengan menambah pautan baru menerusi kabel yang lain, dan penyedia internet yang lain.
Laman web daripada luar negara terutamanya akan mengalami masa loading yang agak lama berbanding sebelum ini, dan ianya dijangka, pengguna yang menggunakan Virtual Private Network tidak akan mengalami sebarang gangguan kritikal, dan jika berlaku sebarang gangguan, ianya hanyalah amat minimal.

No comments:

Post a Comment