Sunday, 11 December 2011

Gerhana Bulan 1433Hijrah

Assalamualaikum Salam Kepada semua umat Islam seluruh Malaysia..hari ini aku nk berkongsikan sedikit tentang fenomena yg telah melanda negara kita pada malam semalam kira2 jam 9.30 mlm semalam..Subhanallah.sungguh mengujakan dan mnakjubkan..

Alhamdulillah pada malam smlm jgak dapat aku tunaikan solat sunat gerhana di mengimamkan Mantan Imam Masjid Besar Pasir Gudang di kediaman sedara aku di Pasir Gudang sempena kenduri kahwin anak pertama Beliau..hahaha..da2 itu x pnting pon dalam crita yg aku nk bawa nie..tpi malam semalamlah kli pertama aku dapat melihat Gerhana BUlan penuh shingga menjadi merah!!SUBHANALLAH!! 

ader sekali aku dapat melihat gerhana bulan selepas jadi gerhana penuh..ketika pulang dari rombongan perkahwinan abang keduaku~ ALLAH jekla thu bertapa taksubnya aku dengan keajaiban yg berada di alam Dia..
Malam semalam dapat plak tgk sepenuhnya kitaran Gerhana yg terjadi..memang rezeki aku dapat melihat kebesaran Allah dengan kedua mata sendiri....kat sini dengan tidak keberatan aku ingin berkongsilah kepada kawan2 semua..follower2 blogku..pmbaca..pengreading smua cara2 solat sunnat gerhana..

Solat Sunnat Gerhana ini lain daripada solat sunnat biasa kita lakukan..dalam ceramah ringkas Mantan Imam Masjid Besar Pasir Gudang semalam menceritakan ketika gerhana Rasulallah mengajak para sahabat untuk solat sunnat..tetapi solat sunnat yg di Imam kan Rasul Allah berlainan dari solat sunnat biasa dilakukan..selepas sahaja bersolat..seorg sahabar bertanya 'Mengapa Ya Muhammad solat sunnat tadi berbeza dari solat sunnat yg biasa dilakukan?" Rasul Allah bersabda "adakah kau pernah nampak fenomena seperti ini?? ketika solat tadi aku telah mengimamkan Malaikat Jibril, Jibril yang menjadi utusan dari Allah untuk ku'


Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.



CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.


Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.


Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat


Itulah serba sedikit untuk pengetahuan kawan2 yg ingin aku share..Subhanallah Alhamdulillah Alluhakhbar..LailahailallaH!!
Wasalam



No comments:

Post a Comment