Monday 19 December 2011

Muzik Hati Metal Idamanku..

Kenapa pagi nie aku rasa nak dengar lagu2 lama yang da lama xdengar..lagu2 zaman baru2 nk up..baru2 nk kenal muzik.. baru2 nk belajar gitar..pelik2~ 

Da banyak genre lagu yang da masuk dalam otak ku nie.. jenis acoustic, disco, latin, nasyid,pop rock, punk rock, trush metal, heavy metal, general metal..dan banyak lagi..
saja nk tulis cerita nie..dlu time dajah 3 ngn 4 bab2 lagu nasyid xyh cakaplah..semua di hafalnya.. Tapi tiba pulak darjah 5 nie..ader satu kotak kasut dalamnye pulak penuh dengan kaset(dlu mne pkai CD).. buka tgk cover semua da berhantu.. Da boring sangat ader sekali tu trylah dengar..first2 kaset yang aku dengar time tu System Of A Down(SOAD)..
Genre lagu yang di bawak SOAD nie menghantui aku..lagu yang selalu terlintas dalam otak aku adalah TOxicity,Hypnotize,CHop Suey,Sugar, Radio Video,Cigaro, ATWA,Old School Holywood, dan Attack..memang best lah Band nie..hahahha.. Lama juga band nie tapi xpernah lagi aku dengar problem dari dalaman..xtahulah sekarang..sebab da x ikut kemajuan diorg~


Band yang kedua bagi aku terbaik adalah Slipknot.. genres yang di bawa Slipknot adalah Rappers Metal.. lagu2 diorg memang unik gilerlah..lagu2 yang menjadi kegilaan aku sampai hari ini ialah Spit it out, Psychosocial, Duality, Before I forget, Wait and Bleed..banyak lagi lagu2 yang menjadi kegilaan aku..tapi sekarang kurang dengar sebab xder yang sekepale suka lagu nie~hahhaa


Banyak lagi sebenarnye lagu2 yang memang menarik minat aku ceburi bidang muzik..Dulu cita2 nak rekod lagu2 yang di cipta..bersama2 anggota band yang lain..tapi di sebabkan satu peristiwa..cita2 itu terkubur dalam hati aku dan menjadikan ia sbgai satu kenangan... 

Just want to share with all reader..

Solitaire Unravelling - Mushroomhead


A7X-Gunslinger

Godsmack - I Stand Alone

Limp Bizkit - My Way


Muse - Uprising


Metallica - Enter Sandman

Dan lagu yang sehingga sekarang di tabik hormat oleh aku datangnya dari tanah air kita iaitu Malaysia. Tak ramai yang tahu tentang band nie.. Mungkin ada yang tahu dan ada yang tahu hanya sekadar nama.. 

Sejarah band ini adalah pada era 80-an.. Bermula ketika dalam belajar di Australia.. Mereka beramai-ramai menceburi bidang muzik di sana dan menjadi salah satu band yang mendapat nama di luar negara..memahat sejarah sendiri di luar negara tetapi tiada nama lagi di dalam negera.. itulah istimewanya band ini.. Pembubaran band ini juga di sebabkan penyalahgunaan dadah antara salah seorang anggota band ini.. walaupun zamannya telah berlalu mereka tetap mempunyai peminat-peminat yang unik.. peminat yang terus menyokong mereka.. Ingin melihat konsert mereka.. Itulah dia Cromok.. Tidak ramai ketahui sejarah2 mereka..
Tetapi Cromok tetap di hatiku..
Forever in Time

Salah satu lagu menjadi kegilaan remaja sekarang untuk bermain lagu ini di gitar masing2....
Another You-Cromok


I Don't Belong Here- Cromok
Salah satu lagu yang ketika tingkatan 2 & 3 yang selalu band aku main.. menjadi kegilaan apabila jamming..


Metallurgical- Cromok..

Sememangnya Forever in Time.. Alunan muzik mereka yang menyentap hati2 pendengar itulah dia irama paling Nyaring yang pernah aku dengar!!!

Di sini saja ingin aku kongsikan tentang drummer2 yang aku minat..(disebabkan dulu aku nie drummer) Banyak aku baca banyak aku dengar drummer2 terkemuka di dunia nie.. JOM Tengok!!


Joey jordison daripada Slipknot Band..Peace yoo!! memang terbaik!!!

Travis Barker!!! latar belakang dia aku tak berapa nak tahu sangat..cara permainan dia nampak macam kidal... tapi memang best giler ar cara dia..Unik sikit dari Drummer lain


Erna & larkin daripada Godsmack!!! Irama Drum Batlle paling merdu pernah aku dengar..tak terabur tak serabut..tapi mantap!!! Godsmack top dengan lagu I stand Alone daripada cerita King Scorpion..cerita nie da lama da..time tu pon aku budak2 lagi..ahhahah

Jimmy daripada A7X..Video di atas nie adalah tribute..da setahun kematian dia..dan sekarang da ader bau2 A7X da ada pengganti untuk Jimmy..Cara permainan dia memang terbaik..tapi kematiannya org cakap Overdrug..sikit2 artis mati Overdrug..pedap aku!!hahaha
Dan sekarang Arin Ilijay menggantikan tempat Jimmy..apepon buatlah yang terbaik seperti Jimmy ea Jay!!!
Go On A7X!!!

No comments:

Post a Comment